About Me

My photo
Assalamualaikum... I am Nur Afiqah Din binti Baharudin. Juz call me FIQA. my fav0urite c0l0ur is GREEN. My fav0urite number is 9. Add me in ym too: fiqah_fifi96@yahoo.com.my Add me also for my space: fiqaafiqa@yahoo.com.my I l0ve t0 make a relati0nship with all 0f y0u as friend! I d0n't lurve s0me0ne that f0rce me to d0 s0mething that I DON'T LURVE, k!!!

Sunday, March 1, 2009

hello guess...

ajaklah kekawan buka blog nie.. walaupun tak cute mana tapi sedap memandangnya...

memandangkan dah nak buka sekolah eloklah saya mengucapkan

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
DAN
BELAJARLAH RAJIN-RAJIN
Sempena tahun baru ni........ apa azam korang?
kalau kita...
Kita nak...........
ilmu yang kita pelajari diredhai Allah,
hidup bahagia bersama keluarga di dunia dan akhirat,
harapnya keadaan ekonomi diri ini stabil,
nak pelajari ISLAm lebih mendalam,
nak menutup aurat sepenuhnya,
nak tahu berita semasa,
no more hanky-panky such in primary school,
tv less, knowledge more,
kumpul semua buku kak ain maisarah, kak yayah,
collect all spongebob model,
memperbaik diri yang sederhana ini....

Monday, January 5, 2009

10 PESANAN LUKMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA...

10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semoga jadi pegangan.
Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK???

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK???




Sekadar renungan ...
Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:
1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya.

salam ukhwah,

afiqah



Saturday, January 3, 2009

SEKOLAH BARU....

Hai, percaya tak? Kita belum mendaftar sekolah menengah lagi........

Tahun ni tingkatan 1...

hihihi jadi junior balik.... mendaftar hari rabu

maknanya cuti 2 hari sebelum sekolah.....

yahoooooooooooo... boleh rehat-rehat dulu

hari rabu (7jan 09) mesti korang dah sekolah masuk tiga hari...

tapi tu hari pertama kita sekolah menengah...

kat mana???

ooooooh... sam hulu langat

ok, that's all,

salam ukhwah,
afiqah_sweetz..